TIADA HARI TANPA LATIHAN
ERATKAN HUBUNGAN PADUKAN SEMANGAT

JARAK BUKAN HALANGAN UNTUK SAMA-SAMA KITA BERJAYA


Tuesday, July 19, 2011

TAKLIMAT PERLAKSANAAN SISTEM RMPnet KAWASAN TIMUR


TAKLIMAT yang dihadiri lebih 120 orang pegawai kanan/APR terdiri daripada KBLD, KKD,Juruteknik dan Jurukomunikasi ini telah disampaikan oleh DSP Sistem Transmisi Dan Pengoperasian Frekuensi Program RMPnet Bukit Aman, DSP Ramlee Hussin.

Menurut DSP Ramlee, taklimat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan sistem dan kemudahan RMPnet serta memberi penerangan perjalanan perancangan dan perlaksanaan RMPnet Kontinjen Pahang
 

MAKLUMAT LANJUT (klik sini)
















 Sebahagian pegawai kanan dan APR yang telah hadir

Friday, July 15, 2011

KATA ALUAN DARIPADA PTLK

Kepada Keluarga Komunikasi Pahang

Adalah menjadi impian saya sebagai Pegawai Turus Logistik (Komunikasi) Pahang menyediakan satu saluran network untuk interekasi di antara keluarga kita. Saya amat mengharapkan semua pegawai, APR dan pejabat awam dapat menggunakan saluran ini untuk kebajikan bersama dan meningkatkan prestasi lagi prestasi Bahagian Komunikasi Kontinjen Pahang. Saya juga mengambil kesempatan ini mengingatkan semua bahawa penggunaan saluaran ini hendaklah tertakluk kepada segala undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa sekarang.

Dalam penugasan saya sebagai Pegawai Turus Logistik (Komunikasi) Pahang, saya dapati bahawa pegawai/APR dan pejabat awam cawangan ini agar lemah dalam skil intereksi/komunikasi, khasnya semasa keadaan terdesak seperti dalam temuduga kenaikan pangkat dan sebagainya. Bersama-sama ini disertakan beberapa dokumen untuk kongsi bersama. Harap bahan ini dapat membantu tuan-tuan dan puan puan untuk masa hadapan masing-masing.
Sekian, terima kasih

KOMUNIKASI BERKESAN