KUANTAN- Untuk menyelaras serta seragamkan semua pengurusan perkhidmatan AMHASNET peringkat kontinjen, Bahagian Komunikasi Kontinjen Pahang telah menganjur Latihan Dalam Perkhidmatan untuk Ketua-ketua Komunikasi, penyelia dan anggota-anggota kontinjen seluruh daerah Pahang.
Kursus Ulangkaji Pengurusan Sistem AMHASNET ini diadakan untuk mempastikan, serta menentukan perkhidmatan sistem berjalan lancar, cepat dan tepat.
Kursus anjuran Unit AMHASNET yang di adakan di Pusat Latihan PUSKOM ini juga bertujuan untuk menentukan prestasi sistem ini sentiasa ditahap yang efisyen.
Dalam ucapan perasmian penutup kursus ini, Pegawai Komunikasi Operasi Insp. Mohd Nadziri berharap semua yang diajar dan belajar semasa kursus dapat dipraktikkan sebaik mungkin di daerah-daerah nanti.
Katanya, gunakan segala ilmu yang diperolehi bagi meningkatkan tahap prestasi bahagian komunikasi dan pasukan.
Latihan yang dihadiri lebih 20 orang anggota komunikasi seluruh daerah ini berjalan dengan baik dan lancarnya.