TIADA HARI TANPA LATIHAN
ERATKAN HUBUNGAN PADUKAN SEMANGAT

JARAK BUKAN HALANGAN UNTUK SAMA-SAMA KITA BERJAYA


Tuesday, January 11, 2022

Majlis Pemakaian Pangkat dan Bantuan Banjir TSM Pahang


Semua peringkat anggota unit cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM) Pahang dinasihatkan terus kekalkan disiplin serta menjaga kesihatan di sepanjang perkhidmatan untuk terus diberi sokongan kenaikkan pangkat secara Time Base tanpa sebarang halangan.

Selain itu semua anggota juga dinasihatkan teruskan kecemerlangan tugas yang dipertanggungjawabkan untuk mendapat sebarang peluang dari pasukan.


 “Jika ini dapat lakukan saya tidak teagak-agak untuk terus beri sokongan  penuh”  pesan Pegawai Turus Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (PT TSM) YDH P/DSP Noor Azhari Bin Hj. Yusof pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Bantuan Banjir yang berlansung di Bilik Mesyuarat TSM Pahang baru-baru ini.

Pada majlis tersebut PT TSM turut memakaikan pangkat kepada Sjn 128764 Mohd Shahriffuddin Bin Mohd Nor dan menyampaikan sumbangan kepada anggota serta kakitangan awam TSM yang terkesan dengan banjir Disember lepas.

Pada majlis yang sama PT TSM  juga berharap mereka yang terkesan dengan banjir banyak bersabar dan redha dengan apa yang dilalui.

Walaupun bantuan yang dihulurkan itu tidak dapat membantu secara menyeluruh dan sepenuhnya sekurang-kurangnya dapatlah meringankan sedikit beban mereka yang terlibat, katanya lagi.








Friday, June 17, 2016

SEKITAR MAJLIS BERBUKA TSM PAHANG


Habis ke ..En Najib nak makan tu..

PT StaRT TSM DSP Mohd Kahar Mantamin bersama pegawai kanan lain turut hadir





Tersenyum je  jaudah berbuka sedap 

Wednesday, August 6, 2014

Wednesday, December 14, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


KUANTAN- Untuk menyelaras serta seragamkan semua pengurusan perkhidmatan AMHASNET peringkat kontinjen, Bahagian Komunikasi Kontinjen Pahang telah menganjur Latihan Dalam Perkhidmatan untuk Ketua-ketua Komunikasi, penyelia dan anggota-anggota kontinjen seluruh daerah Pahang.

Kursus Ulangkaji Pengurusan Sistem AMHASNET ini diadakan untuk mempastikan, serta menentukan perkhidmatan sistem  berjalan lancar, cepat dan tepat.
Kursus anjuran Unit AMHASNET  yang di adakan di Pusat Latihan PUSKOM ini juga bertujuan untuk menentukan prestasi sistem ini sentiasa ditahap yang efisyen.
Dalam ucapan perasmian penutup kursus ini, Pegawai Komunikasi Operasi Insp. Mohd Nadziri berharap semua yang diajar dan belajar semasa kursus dapat dipraktikkan sebaik mungkin di daerah-daerah nanti.

Katanya, gunakan segala ilmu yang diperolehi bagi meningkatkan tahap prestasi bahagian komunikasi dan pasukan.

Latihan yang dihadiri lebih 20 orang anggota komunikasi seluruh daerah ini berjalan dengan baik dan lancarnya.

Tuesday, November 15, 2011

TAHNIAH UNTUK PENERIMA APC


Tahniah kepada anggota dan kakitangan awam Bahagian Komunikasi IPK Pahang kerana telah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) bagi tahun 2010. Sijil-sijil tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Turus Logistik Komunikasi DSP Leong Ah Kaw







Saturday, October 8, 2011

PANDUAN MENANGANI TEKANAN DI TEMPAT KERJA

Tidak dinafikan suasana tempat kerja yang selesa dan selamat sebenarnya boleh meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronakan bekerja. Begitu juga sebaliknya..jika tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental. Bagaimana pun tekanan kerja yang sedikit kadang-kadang diperlukan bagi meningkatkan daya produktiviti. Bagaimana pula jika tekanan kerja yang berlebihan, sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada individu sama ada dari segi mental dan emosi. Lebih-lebih lagi jika masalah peribadi dan keluarga dicampur-adukan.

Sebagai pekerja..semua ini kita perlu hadapi dengan baik dan tenang. Sejauh manakah anda menghadapi tekanan di tempat kerja? Tahukah anda tanda-tanda tekanan telah berlaku...jom kita kongsi sama-sama. Tanda-tandanya
ü  Bersikap ganas( panas baran)
ü  Gelisah
ü  Gangguan selera makan
ü  Gangguan tidur
ü  Hilang tumpuan ,motivasi
ü  Kemurungan
ü  Kerisauan yang berlebihan
ü  Kelesuan
ü  Mudah merandang
ü  Perasaan yang bersalah

Punca yang biasa dikenal pasti wujudnya tekanan di tempat kerja adalah:
1.       Jenis perkerjaan suasana tempat kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja
2.       Peranan dan fungsi perkerjaan yang merbahaya
3.       Perhubungan konflik semasa rakan sekerja dan majikan.
4.    Kerjaya kurang insentif dan perhargaan dari majikan,kecewa terhadap suasana kerja, tidak dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan
5.   Perubahan dalam  dalm organisasi perubahan dalam struktur dan pergurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja.

Bagaimana pula cara menangani tekanan kerja, jom kita kongsi


Bersikap realistik terhadap pekerjaan anda
ü                -Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
ü                -Bersikat positif semasa melakukan pekerjaan anda
ü                -Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
ü                -Merasa seronak bekerja


Rancang kerja anda
ü                -Kendali masa anda dengan bijak
ü                -Beri keutamaan pada kerja yang penting
ü                -Jangan bertangguh kerja
ü                -Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
ü                -Mengagihkan kerja dengan bijak


      Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah
ü                -Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik
ü                -Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah mengatasinya
ü                -Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
ü                -Ambil tindakan secara wajar

      Mempunyai sikap yang betul
ü               -Terhadap perubahan dalam kerja
ü               -Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistic terhadap apa jua perubahan ang berlaku
ü               -Rancang perubahan secara teratur

       Amalkan komunikasi berkesan di tempat kerja
 Ã¼             -Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
ü               -Luahkan pendapat anda secara sopan. Tegas dan jelas
ü               -Hormati pandangan rakan sekerja anda

       Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
         -Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
     -Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah
          -Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
          -Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
 
         Amalkan cara hidup sihat
          -Luangkan masa untuk beriadah
          -Dapatkan tidur yang mencukupi 
                    - Bersenam selalu 
                    - Berurut atau mengunjungi spa
          -Bercuti 
   -Adakan aktiviti /hobi yang menyoronokkan 
                    - Jauhi diri anda daripada rokok dan dadah 
                   - Amalkan nilai-nilai murni serta berpegang teguh pada ajaran agama

ti


ah

Monday, October 3, 2011

JAMUAN RAYA KOMUNIKASI PAHANG 2011



Sebahagian daripada tetamu hadir di majlis jamuan  hari raya komunikasi 2011

KJL (dua dari kanan) turut hadir  memeriahkan majlis


Duit raya untuk anak-anak






Tuesday, July 19, 2011

TAKLIMAT PERLAKSANAAN SISTEM RMPnet KAWASAN TIMUR


TAKLIMAT yang dihadiri lebih 120 orang pegawai kanan/APR terdiri daripada KBLD, KKD,Juruteknik dan Jurukomunikasi ini telah disampaikan oleh DSP Sistem Transmisi Dan Pengoperasian Frekuensi Program RMPnet Bukit Aman, DSP Ramlee Hussin.

Menurut DSP Ramlee, taklimat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan sistem dan kemudahan RMPnet serta memberi penerangan perjalanan perancangan dan perlaksanaan RMPnet Kontinjen Pahang
 

MAKLUMAT LANJUT (klik sini)
















 Sebahagian pegawai kanan dan APR yang telah hadir

Friday, July 15, 2011

KATA ALUAN DARIPADA PTLK

Kepada Keluarga Komunikasi Pahang

Adalah menjadi impian saya sebagai Pegawai Turus Logistik (Komunikasi) Pahang menyediakan satu saluran network untuk interekasi di antara keluarga kita. Saya amat mengharapkan semua pegawai, APR dan pejabat awam dapat menggunakan saluran ini untuk kebajikan bersama dan meningkatkan prestasi lagi prestasi Bahagian Komunikasi Kontinjen Pahang. Saya juga mengambil kesempatan ini mengingatkan semua bahawa penggunaan saluaran ini hendaklah tertakluk kepada segala undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa sekarang.

Dalam penugasan saya sebagai Pegawai Turus Logistik (Komunikasi) Pahang, saya dapati bahawa pegawai/APR dan pejabat awam cawangan ini agar lemah dalam skil intereksi/komunikasi, khasnya semasa keadaan terdesak seperti dalam temuduga kenaikan pangkat dan sebagainya. Bersama-sama ini disertakan beberapa dokumen untuk kongsi bersama. Harap bahan ini dapat membantu tuan-tuan dan puan puan untuk masa hadapan masing-masing.
Sekian, terima kasih

KOMUNIKASI BERKESAN

Thursday, June 23, 2011

BAJU KOMUNIKASI PAHANG

(klik pada gambar sebelum cetak)

1. Gunakan gambar di atas untuk mencadangkan corak atau warna
2. Apabila selesai mencorok/mewarna b0leh email kepada amhasnetph@gmail.com untuk dipaparkan dan dibuat undian.
3. Sebarang pertanyaan sila berhubung atau email

LIHAT CADANGAN DAN UNDIAN (klik sini)