Tidak dinafikan suasana tempat kerja yang selesa dan selamat sebenarnya boleh meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronakan bekerja. Begitu juga sebaliknya..jika tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental. Bagaimana pun tekanan kerja yang sedikit kadang-kadang diperlukan bagi meningkatkan daya produktiviti. Bagaimana pula jika tekanan kerja yang berlebihan, sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada individu sama ada dari segi mental dan emosi. Lebih-lebih lagi jika masalah peribadi dan keluarga dicampur-adukan.
Sebagai pekerja..semua ini kita perlu hadapi dengan baik dan tenang. Sejauh manakah anda menghadapi tekanan di tempat kerja? Tahukah anda tanda-tanda tekanan telah berlaku...jom kita kongsi sama-sama. Tanda-tandanya
Punca yang biasa dikenal pasti wujudnya tekanan di tempat kerja adalah:
Bagaimana pula cara menangani tekanan kerja, jom kita kongsi

ü Bersikap ganas( panas baran)
ü Gelisah
ü Gangguan selera makan
ü Gangguan tidur
ü Hilang tumpuan ,motivasi
ü Kemurungan
ü Kerisauan yang berlebihan
ü Kelesuan
ü Mudah merandang
ü Perasaan yang bersalah
Punca yang biasa dikenal pasti wujudnya tekanan di tempat kerja adalah:
1. Jenis perkerjaan suasana tempat kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja
2. Peranan dan fungsi perkerjaan yang merbahaya
3. Perhubungan konflik semasa rakan sekerja dan majikan.
4. Kerjaya kurang insentif dan perhargaan dari majikan,kecewa terhadap suasana kerja, tidak dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan
5. Perubahan dalam dalm organisasi perubahan dalam struktur dan pergurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja.
Bagaimana pula cara menangani tekanan kerja, jom kita kongsi
Bersikap realistik terhadap pekerjaan anda
ü -Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
ü -Bersikat positif semasa melakukan pekerjaan anda
ü -Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
ü -Merasa seronak bekerja
Rancang kerja anda
ü -Kendali masa anda dengan bijak
ü -Beri keutamaan pada kerja yang penting
ü -Jangan bertangguh kerja
ü -Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
ü -Mengagihkan kerja dengan bijak
Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah
ü -Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik
ü -Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah mengatasinya
ü -Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
ü -Ambil tindakan secara wajar
Mempunyai sikap yang betul
ü -Terhadap perubahan dalam kerja
ü -Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistic terhadap apa jua perubahan ang berlaku
ü -Rancang perubahan secara teratur
Amalkan komunikasi berkesan di tempat kerja
ü -Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
ü -Luahkan pendapat anda secara sopan. Tegas dan jelas
ü -Hormati pandangan rakan sekerja anda
Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
-Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
-Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah
-Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
-Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
Amalkan cara hidup sihat-Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
-Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah
-Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
-Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
-Luangkan masa untuk beriadah
-Dapatkan tidur yang mencukupi
- Bersenam selalu
- Berurut atau mengunjungi spa
-Bercuti
-Adakan aktiviti /hobi yang menyoronokkan
- Jauhi diri anda daripada rokok dan dadah
- Amalkan nilai-nilai murni serta berpegang teguh pada ajaran agama

ti
ah
No comments:
Post a Comment