Semua peringkat anggota unit cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM) Pahang dinasihatkan terus kekalkan disiplin serta menjaga kesihatan di sepanjang perkhidmatan untuk terus diberi sokongan kenaikkan pangkat secara Time Base tanpa sebarang halangan.
Selain itu semua anggota juga dinasihatkan
teruskan kecemerlangan tugas yang dipertanggungjawabkan untuk mendapat sebarang
peluang dari pasukan.
“Jika ini dapat lakukan saya tidak teagak-agak untuk terus beri sokongan penuh” pesan Pegawai Turus Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (PT TSM) YDH P/DSP Noor Azhari Bin Hj. Yusof pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Bantuan Banjir yang berlansung di Bilik Mesyuarat TSM Pahang baru-baru ini.
Pada majlis tersebut PT TSM turut
memakaikan pangkat kepada Sjn 128764 Mohd Shahriffuddin Bin Mohd Nor dan
menyampaikan sumbangan kepada anggota serta kakitangan awam TSM yang terkesan
dengan banjir Disember lepas.
Pada majlis yang sama PT TSM juga berharap mereka yang terkesan dengan
banjir banyak bersabar dan redha dengan apa yang dilalui.
Walaupun bantuan yang dihulurkan itu tidak
dapat membantu secara menyeluruh dan sepenuhnya sekurang-kurangnya dapatlah
meringankan sedikit beban mereka yang terlibat, katanya lagi.
No comments:
Post a Comment